CATATAN KELUARGA RASULULLAH S*A*W

widgets

KE IMANAN YANG TAK BER OPERASI


APAKAH petanda ☆ KEIMANAN ☆ yang tidak beroperasi? Ada beberapa tanda-tanda. Mengapakah penting untuk kita mengetahuinya? Untuk mengukur diri kita. Untuk melihat ‘keadaan sebenar’ kita. Untuk memerhatikan apakah yang patut kita lakukan pada diri kita. Sekiranya tidak mahu ambil pusing (peduli), terpulang. Tetapi selagi saya masih hidup, saya akan berusaha membangkitkan hal-hal ini buat peringatan diri dan orang lain bersama. ☆ KEIMANAN ☆ yang tidak beroperasi hanya akan melahirkan peribadi yang tidak berkualiti, hilang ‘ kekuatan sebenar’ dan mudah tersungkur ke dalam kegelapan. Dan hari ini, ☆ KEIMANAN ☆ yang tidak beroperasi itu tidak semata-mata disebabkan oleh diri sendiri yang tidak ambil peduli. Zaman ini, ada musuh yang berusaha untuk mematikan operasi ☆ KEIMANAN ☆ dalam diri mukmin, dan mereka juga berusaha menambah ketidak pedulian Muslimin terhadap ☆ KEIMANAN ☆ mereka. ★★★ TIDAK MEMBUAHKAN AMAL Satu petanda bahawa ☆ KEIMANAN ☆ kita tidak beroperasi adalah, kita tidak mampu melakukan amal kebaikan. Kita merasakan bahawa, keluar dari kesenangan dunia adalah satu kepayahan, menyebabkan kita merasa tidak perlu kepada amalan tambahan. Akhirnya kita tinggal di atas dunia ini, tanpa melakukan kerja-kerja kebaikan. Baik buat diri sendiri, mahupun buat masyarakat. Tolakan (lonjakkan) ☆ KEIMANAN ☆ adalah apa yang diperlukan, kerana melakukan amalan bermakna akan berlakunya pengorbanan masa, kemungkinan juga melibatkan pengorbanan harta, bahkan ada yang beramal hingga mengorbankan nyawa (Jihad fi sabilillah). Hal ini kerana, ☆ KEIMANAN ☆ adalah keyakinan bahawa semua pengorbanan itu ada ganjarannya. Semua amalan itu ada kebaikannya. Kehilangan ☆ KEIMANAN ☆ ini, menyebabkan kita tidak lagi ‘bernafsu’ dalam melaksanakan perkara- perkara kebaikan. Kita akan rasa berat, kita akan rasa lemah. Lebih buruk, kita rasa semua itu membazir masa kita. ☆ KEIMANAN ☆ tidak akan terus lenyap begitu sahaja. Kita akan melihat ‘ penurunan’nya terlebih dahulu. Kita sepatutnya peka dan sensitif di dalam hal ini. Mungkin dahulu kita jenis membaca َﻥﺁْﺮُﻘْﻟﺍ sehari sepuluh muka surat, tetapi sekarang membaca َﻥﺁْﺮُﻘْﻟﺍ sehari semuka pun sukar. Dahulu kita selalu ke masjid, sekarang tidak lagi. Dahulu kita selalu bangun subuh tepat waktu, sekarang tidak lagi. Perkara-perkara ini, adalah petanda bahawa ☆ KEIMANAN ☆ kita mengalami ‘penurunan’. Kata-kata Tabi’in yang popular berbunyi begini: || “☆ IMAN ☆ itu bukan sekadar bicara, bukan juga sekadar cita-cita, tetapi ☆ IMAN ☆ itu adalah apa yang tersemat di dalam hati, dan dibuktikan dengan amal. ” Mukmin yang memahami kepentingan ☆ IMAN ☆, dan mengetahui betapa ☆ IMAN ☆ adalah ’sumber tenaga’nya untuk terus menjadi hamba ﻪﻠﻟﺍ ﺎﻧﺎﺤﺒﺳ ﱃﺎﻌﺗﻭ , akan peka dan sensitif akan hal ini. Melihat ‘ penurunan’, maka dia akan segera berusaha muhasabah diri dan menolak diri untuk naik semula. ★★★ TIDAK RASA BENCI DENGAN DOSA Antara lain petanda bahawa ☆ KEIMANAN ☆ sudah mula tidak beroperasi adalah, hilangnya perasaan benci kepada dosa. Orang-orang yang beriman, akan melihat bahawa keredhaan ﻪﻠﻟﺍ adalah utama. Maka, dosa adalah musuh mereka yang pertama. Namun, apabila diri sudah merasakan ‘biasa’ dengan dosa, melihat kemungkaran itu sebagai ‘adat’, merasakan bahawa maksiat itu adalah ‘tidak mengapa’, menganggap mengambil sistem selain sistem ﻪﻠﻟﺍ itu adalah ‘normal, modenisasi’ dan sebagainya, maka itu adalah tanda bahawa ☆ KEIMANAN ☆ kita ‘mengalami penurunan’ dan mula tidak beroperasi. Apabila ☆ IMAN ☆ tidak beroperasi, kita tidak akan merasakan bahawa mungkar itu perkara besar. Normalnya, orang beriman akan melihat bahawa hubungannya dengan ﻪﻠﻟﺍ adalah perkara yang besar. Maka, apa-apa yang memutuskan hubungannya kepada ﻪﻠﻟﺍ , adalah besar juga untuk diperhatikan buat dielak. Tetapi apabila kebencian terhadap dosa itu hilang, nyatalah bahawa kita tidak lagi menganggap bahawa hubungan kita dengan ﻪﻠﻟﺍ adalah penting. Atau dalam erti kata lain, ☆ KEIMANAN ☆ kita tidak mampu lagi memproses bahawa dosa adalah berlawanan dengan apa yang ﻪﻠﻟﺍ redhai. Dari Abu Hurairah ﻲﺿﺭ ﻪﻠﻟﺍ ﻪﻨﻋ , Rasulullah ﯽﻠﺻ ﻪﻠﻟﺍ ﻪﯽﻠﻋ ﻭ ﻢﻠﺳ bersabda: •••• “Tidak akan berzina seorang penzina, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan minum arak, orang yang minum, jika ketika itu dia sedang beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri, jika ketika itu dia sedang beriman ”. Hadith Sohih Riwayat Bukhari. Hadith jelas menyatakan bahawa, ☆ KEIMANAN ☆ itu tidak wujud di kala wujudnya dosa. Maka, bagaimanakah pula yang menganggap dosa adalah perkara ‘normal’? ★★★ BILA KEIMANAN TIDAK BEROPERASI Tidak mampu melakukan amal kebaikan, dan tidak pula mampu menentang keburukan, maka apakah lagi yang ada di tangan kita? Tiada apa-apa. Di sinilah jahiliyyah akan merayap dan melilit ummah, di kala kita semua terbelenggu kerana tidak beroperasinya ☆ KEIMANAN ☆. Akhirnya, hanya kekalahan yang menanti, hanya kemusnahan yang menunggu, hanya kehancuran yang ada di penghujung. Itu bahananya apabila ☆ KEIMANAN ☆ kita tidak lagi beroperasi. Deria orang beriman, adalah keimanannya. ☆ KEIMANAN ☆, adalah deria utama untuk mengesan kebaikan dan keburukan, deria utama untuk menggerakkan segala pancaindera tunduk dan taat kepada ﻪﻠﻟﺍ ﺎﻧﺎﺤﺒﺳ ﱃﺎﻌﺗﻭ . Tidak beroperasinya ☆ KEIMANAN ☆, bermakna lumpuhlah seorang mukmin. Lebih dasyat lagi, ia memberikan kekalahan abadi kepada kita di neraka nanti. ★★★ APA KHABAR IMAN? Dahulu, saya ada ramai senior yang akan memulakan pertanyaan khabar dengan berkata: “Apa khabar ☆ IMAN ☆?” Dan sehingga hari ini, saya masih teringat senyuman mereka di kala bertanyakan hal itu. Terasa hidup dengan soalan yang automatik membuatkan diri bermuhasabah dan bergerak untuk meningkatkan ☆ KEIMANAN ☆. Maka di sini saya ingin bertanya ... “APA KHABAR IMAN KITA?” ★★★ Dan kita jawablah dengan amalan (kebaikan). ######################## “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ” (Al-Hasyr: 18)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

TINGGALKAN JEMPOLMU DISINI YAAA
http://picasion.com/gl/1OgP/
UNTUKMU SAHABATKU

Sahabat titip senyum qu yaa.. Jika suatu saat kita bertemu, ku akan mengambilnya kembali, kemudian memberikannya lg untukmu, dengan penuh ke ikhlasan...

Lewat seorang sahabat yang mulia yaitu Sa'ad bin Abi Waqash radhiyallahu anhu, beliau berkata:
Pada saat kami bersama Rasulullah shalallahu alaihi wassalam beliau bersabda: ''Apakah seseorang diantara kalian tidak mampu untuk mendapatkan 1000 kebaikan dalam sehari?'' Maka salah seorang yang duduk diantara kami bertanya: ''Bagaimana salah seorang diantara kami mendapatkan 1000 kebaikan?'' Beliau bersabda: ''Bertasbih 100 kali, niscaya ditulis baginya 1000 kebaikan atau dihapus darinya 1000 kesalahan'' - (Hadist Shahih Riwayat Muslim).